Saturday, February 4, 2012

Berkenaan Kami.


Selamat Datang Di Laman Belalang D'selatan Photography

Assalammualaikum dan salam Sejahtera...:)

Disini anda boleh melihat artwork kami yg terkini dan serba sedikit berkenaan kami.. Sebelum itu, ingin kami menceritakan serba sedikit latar belakang mengenai kami. Belalang D' Selatan adalah salah satu cabang bagi Belalang SeMalaysia yg dinaungkan oleh En. Abu Nikon. Kami merupakan freelance photographer sepenuh masa di team Belalang D'selatan Photography. Berasal dari selatan tanahair (Kluang, Johor). Kami dianggotai oleh seramai 4 org anak muda yg aktif dalam bidang photography ini. 2 org dari kami sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang photography ini (Acuk Best dan Muhammad Afiq), seorang dalam bidang komputeran (Rockskull Janggut) dan seorang lagi di dalam bidang perniagaan (Hakim Spleesh). Kesemua crew Belalang D'selatan Photography mempunyai kemahiran dan kreativiti masing-masing. Kepada bakal Raja Sehari yang sedang mencari photographer bagi majlis perkahwinan mereka, disinilah bermulanya anda memilih kami untuk merakamkan saat@detik manis anda bersama kami.. Teruskan melihat koleksi-koleksi dari kami untuk anda memilih photographer yang terbaik  mengabadikan memori paling indah dalam hidup anda...

Terima Kasih, kerana sudi melawat blog kami..

(BERSATU MENEMBUS IDEALOGI YANG KREATIF)

Sunday, January 29, 2012

Paie dan Ipin 29012012.

Assalammualaikum pembuka bicara..
Seperti biasa, foto2 tuk tatapan umum dimuat turun bagi santapan mata semua..
Kali ini, pasangan mempelai yg bahagia adalah Paie dan Ipin..majlis berlangsung pada 29 Januari 2012 di Taman Intan Kluang..tuk pasangan kali ini, saya hadir sbg jempotan namun begitu sempat jua saat2 indah pasangan ini terakam dilensa kamera saya..sebelom itu, terima kaseh diucapkan kpd saudara OP bagi pasangan ini, Momok Blurbs a.k.a abang bebird kerna membenarkan tuk saya merakamkan saat indah pasangan mempelai ini..xnak berceloteh panjang, saya sertakan beberapa foto kenangan pasangan tersebut..selamat menjamu mata!!















Saturday, January 21, 2012

Ifah dan Zaki 21012012.

Selamat pengantin baru diucapkan kpd pasangan mempelai Ifah dan Zaki. Terima kaseh juga diucapkan kpd saudara Ishak Shamsudin kerna sudi memjempot aku untuk turut serta dalam merakamkan kenangan indah bagi pasangan mempelai ini. Majlis resepsi berlangsung di Kg Penerok Kukup Pontian Johor pd 21012012 (tarikh cun). Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerna majlis berlangsung dgn jayanya. Kami dari warga Belalang D'Selatan merakamkan jutaan terima kaseh dan mendoakan agar pasangan mempelai ini kekal hingga ke syurga. InsyaAllah. Di sini, beberapa rakaman saat indah semasa majlis berlangsung. Sekian. Selamat menonton =)






Wednesday, December 28, 2011

Majlis pertunangan Azrina a.k.a Baby.

Sesi menjamu mata diteruskan. Kali ni, pic pertunangan Baby a.k.a Azrina yg telah berlangsung di Dato Keramat Kuala Lumpur. Berjuang bersama Mohd Fadly bagi menjayakan sesi merakamkan kenangan indah buat Baby. Terima kaseh buat Fadly kerna telah memberi kerjasama yg cemerlang. Di sini, terdapat beberapa keping gambar bagi tatapan umum. Selamat menjamu mata!! =)